Insiden bot karam di Belaga, dua hilang tiga selamat

2024-06-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto JBPM

SIBU,17 Jun - Dua penumpang hilang manakala tiga lagi terselamat dalam insiden bot karam di Long Menjawah,Sungai Rajang,Belaga,petang semalam.

Mangsa yang hilang ialah Balavishnu Permaloo,36,serta Rhuban Apparoo,30,dan kedua-duanya adalah lelaki serta berasal dari Sungai Karangan,Padang Serai,Kedah.

Bagaimanapun menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak,setakat ini masih tiada maklumat mengenai maklumat dan identiti tiga lagi mangsa yang terselamat.

Pusat gerakan itu berkata,sebaik panggilan mengenai kejadian itu diterima pada 4.33 petang pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga dengan kekuatan lima anggota dan jentera telah digerakkan ke lokasi yang jaraknya kira-kira 31 kilometer.

"Mengikut maklumat awal seramai lima pekerja Syarikat Clinroom Indusrti Sdn Bhd yang juga syarikat penyelenggara empangan Bakun telah menyewa bot daripada penduduk kampung untuk bersiar-siar di sekitar Jeram Mejawah,Belaga yang dikemudi oleh Robert Jaang (penduduk Rumah Apan).

"Semasa kejadian,bot yang dinaiki karam disebabkan arus deras di Jeram Mejawah. Jurumudi bot berusaha menyelamatkan kesemua penumpang namun dua penumpang dihanyutkan arus deras,” menurut kenyataan itu.

Sebaik selesai mengumpul maklumat dan memantau keadaan di lokasi,pasukan bomba bergerak balik ke balai dan operasi ditangguhkan pada 6.30 petang manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan disambung esok pagi bersama agensi lain yang berkaitan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap