Malaysia sedia sertai BRICS

2024-06-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara bersama Guancha/ Foto Ihsan Guancha

KUALA LUMPUR,18 Jun-Malaysia akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai organisasi antara kerajaan,Brazil,Rusia,India,China dan Afrika Selatan,BRICS tidak lama lagi.

Jelas Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temu bual khas bersama bersama Guancha,Malaysia kini sedang menunggu keputusan akhir dan maklum balas dari kerajaan Afrika Selatan.

"Kami telah mengambil keputusan sewajarnya. Kami akan melakukan prosedur rasmi tdak lama lagi.

Kini,kami sedang menunggu keputusan akhir dan maklum balas kerajaan Afrika Selatan",kata Anwar.

Sebelum ini,beliau mengadakan perbincangan mengenai pengembangan BRICS dengan Presiden Brazil,Luiz Inacio Lula da Silva.

Pada 2011,Afrika Selatan menyertai ahli asal yang termasuk Brazil,Russia,India dan China.

Pada Ogos 2023,enam ahli baharu,termasuk Argentina,dijemput untuk menyertai kumpulan itu.

Lima ahli baharu,Mesir,Iran,UAE,Arab Saudi dan Ethiopia,secara rasmi turut menyertai kumpulan itu pada 1 Januari tahun ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap