Ekonomi negara dijangka bertambah baik susulan Ringgit semakin mengukuh-Anwar

2024-06-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan/Foto RTM

KUALA LUMPUR,25 Jun-Prestasi ekonomi negara dijangka bertambah baik mengambil kira kadar ringgit yang semakin mengukuh,serta pertumbuhan ekonomi yang semakin baik setakat suku pertama tahun ini.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun laporan Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) mendapati kedudukan Malaysia jatuh pada tangga ke 34 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2024,laporan berkenaan masih mengekalkan kedudukan negara dalamkategori ekonomi yang stabil.

Malah,menurut Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,kedudukan indeks daya saing Malaysia masih tidak membimbangkan bagi subsektor ekonomi iaitupada tangga ke-8.

Beliau juga yakin prestasi negara dapat dipertingkatkan dengan lebih pantas sekiranya tiga perkara diberi tumpuan untuk diteliti dan ditambahbaik; iaitu pertumbuhan ekonomi,pengukuhan ringgit dan penyasaran subsidi.

"Kalau kita ambil langkah-langkah ini dengan tegas,dia boleh melonjak. Ikut unjuran kita,Berdasarkan prestasi sku tahun pertama 2024 kita akan jauh meningkat daripada tahun sebelumnya.

"Saya setuju bahawa semua termasuk saya dan rakan-rakan jemaah menteri,semuanya harus perbaiki prestasi kita sedaya-upaya kita. Jadi,saya terima baik teguran itu dan saya akan sampaikan kepada mesyuarat Jemaah Menteri",katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Alor Setar,Afnan Hamimi Datuk Haji Taib Azamudden Ahli Parlimen Alor Setar.

Sementara itu,Perdana Menteri menyangkal dakwaan yang dilemparkan Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Datuk Rosol Wahid bahawa hubungkait kejatuhan kedudukan negara dalam Indeks Daya Saing Global 2024 adalah disebabkan pelaksanaan penyasaran subsidi.

Jelasnya,mengambil contoh prestasi Indonesia dan Thailand yang melonjak sebaik menguatkuasakan penyasaran subsidi harga barang di negara masing-masing.

Tambahnya kenaikan gaji perkhidmatan awam sama sekali tidak menjejaskan ekonomi negara sekiranya penyasaran subsidi dan kerangka ekonomi diperbaiki

"Betul kita ada masalah kekangan kewangan. Tapi saya sebagai bapa kepada penjawat awam,fikir jugalah 12 tahun tidak ada kenaikan.

"Jadi sebab itu kita pertimbangkan. kalau naikkan pun,naikkan sedikit. Ala kadar sahaja tidak membantu. Tetapi saya tidak fikir ini akan menjejaskan kalau penyasaran subsidi dan kerangka ekonomi keseluruhannya itu diperbaiki",katanya di Parlimen hari ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap