Niaga hadapan emas ditutup rendah

2024-07-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,19 Julai- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat dengan 21 lot diniagakan,seiring dengan pergerakan harga emas di New York Commodities Exchange (COMEX).

Pada akhir dagangan,kontrak bulan semerta Julai 2024 merosot kepada US$2,418.10 setiap auns troy daripada US$2,467.10 setiap auns troy pada Khamis manakala Ogos 2024,September 2024,Oktober 2024,Disember 2024 dan Februari 2025 ditutup rendah kepada US$2,434.10 setiap auns troy daripada US$2,483.10 setiap auns troy.

Di peringkat global,harga emas menyusut lebih daripada satu peratus apabila dolar Amerika Syarikat (AS) mengukuh dan beberapa pelabur menyimpan keuntungan berikutan lonjakan harga logam berharga itu baru-baru ini susulan jangkaan kadar faedah AS akan diturunkan pada September ini.

Harga emas semerta turun 1.4 peratus kepada US$2,411.78 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 21 lot daripada 18 lot semalam manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 36 kontrak daripada 30 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,463.80 setiap auns troy mengikut penetapan harga oleh London Bullion Market Association pada 18 Julai,2024. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap