Visi peralihan tenaga negara berdasarkan pelaksanaan NETR - TPM Fadillah

2024-07-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR,25 Julai - Visi jangka masa panjang peralihan tenaga negara untuk sektor bekalan elektrik,adalah berdasarkan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia menyasarkan peningkatan campuran kapasiti terpasang penjanaan sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam sistem pembekalan elektrik kepada 31 peratus pada tahun 2025.

Manakala 40 peratus pada tahun 2035 dan 70 peratus menjelang tahun 2050.

"Peningkatan sasaran TBB ini akan disokong menerusi pelaksanaan program TBB seperti Solar Berskala Besar (LSS),Tarif Galakan (FiT),Pemeteran Tenaga Bersih (NEM),Penggunaan Diri Sendiri (SELCO),Susunan Penghantaran Baharu Dipertingkatkan (NEDA) dan Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP).

"Pada masa yang sama,PETRA dan Suruhanjaya Tenaga sedang memuktamadkan kerangka pelaksanaan akses grid terbuka bagi membenarkan capaian bekalan elektrik hijau melalui pihak ketiga yang diperolehi," katanya pada sesi persidangan Dewan Negara,di sini.

Beliau menjawab pertanyaan SenatorSusan Chemerai Anding yang ingin tahu mengenai visi jangka panjang bagi peralihan tenaga Malaysia dan bagaimanakah visi ini dianggap selaras dengan matlamat iklim global seperti Perjanjian Iklim Paris.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata,bagi kecekapan tenaga pula,Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA) telah diluluskan pada 25 Jun lalu.

Ini bagi mengawal selia penggunaan tenaga serta memberi penekanan dari aspek pengurusan permintaan tenaga elektrik dan termal.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap