Had laju di lebuh raya utama negara kekal

2024-07-30 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Kerja Raya,Datuk Sri Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR,30 Julai - Kerajaan tidak berhasrat untuk meningkatkan penetapan had laju di lebuh raya utama negara memandangkan ia sudah mencukupi,kata Menteri Kerja Raya,Datuk Sri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata,buat masa ini had kelajuan yang ditetapkan ialah 110 kilometer (km) per jam bagi lebuh raya antara bandar manakala 80 hingga 90 km per jam di lebuh raya dalam bandar.

Jelasnya,had tersebut adalah bersesuaian dengan pemanduan di negara ini.

"Jadi setiap laluan lebuh raya adalah dipaparkan papan tanda laju sebagaimana yang diwartakan yang mesti dipatuhi oleh pemandu.

"Geometri lebuh raya direka bentuk berdasarkan had laju 120km atau 100km sejam dengan had laju yang diwartakan adalah lebih rendah 110 hingga 80km sejam,seperti mana garis panduan yang diguna pakai selaras dengan piawaian antarabangsa," kata Nanta.

Beliau menjawab soalan yang dikemukan Ahli Dewan Negara,Senator Monalan Mohamad di Parlimen.

Nanta turut memaklumkan peningkatan jumlah kenderaan juga mendorong kepada punca kesesakan sehingga melebihi kapasiti yang direka bentuk terutama waktu puncak atau musim perayaan.

Mengenai cadangan mengaktifkan 'Smart Lane' di Lebuh raya Karak - Kuala Lumpur,Nanta memberitahu,ketika ini Smart Lane tidak dapat dilaksanakan di lokasi berkenaan disebabkan kelebaran bahu jalan yang tidak mencukupi serta faktorgeometri jajaran lebuh raya terlibat.

"Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi ANIH Berhad telah merancang tindakan jangka pendek,sederhana dan panjang untuk mengatasi isu


kesesakan di Lebuh raya Karak - Kuala Lumpur.

"Antara tindakan jangka pendek dan sederhana yang telah dilaksanakan adalah melaksanakan penyaluran lorong di beberapa lokasi di sepanjang lebuh raya; antaranya di km 64.3 berdekatan jalan susur persimpangan Mempaga,Lingkaran Tengah Utama (LTU),pusingan U di MRSM Bentong dan jalan susur ke Genting Highland bagi mengurangkan konflik dan melancarkan pergerakan," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap