62 program direncana transformasi kawasan luar bandar

2024-07-31 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang

KUALA LUMPUR,31 Julai - Sebanyak 62 program direncana tahun ini bawah enam fokus utama yang dirangka Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dalam usaha mentransformasikan kawasan luar bandar yang sejahtera inklusif,mampandan holistik.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata,program-program tersebut dapat memberi manfaat khusus kepada masyarakat desa menerusi pelaksanaan agendamelibatkan keberhasilan pendidikan kemahiran sebagai pemacu perubahan,termasuk bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

Ini sekali gus,melonjak modal insan berkemahiran tinggi khususnya dalam kalangan masyarakat desa.

"Mentransformasikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai agenda penting melalui pengukuhan kerjasama dengan pihakindustri dan juga meningkatkan kualiti program TVET bagimemenuhi sasaran kerajaan mencapai 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang 2030.

"Memberi fokus kepada pembangunan luar bandar dan juga memperkasakan peranan dan fungsi anak syarikat bawah KKDW bagi mencapai matlamat ditetapkan setiap programyang dirancang mempunyai tempohpelaksanaan yang selaras dengan peruntukan peraturan dan dasar pelaksanaannya," kata Rubiah.

Beliau menjawab soalan yang diutarakan Senator Datin Ros Suryati Alang,di DewanNegara.

Rubiah juga menjelaskan ke arah mencapai matlamat tersebut,pihaknya tidak bergerak secara 'sylo',sebaliknya menjalin kerjasama strategik dengan agensi-agensi lain untuk memastikan usaha-usaha pembangunan desa dapatdilaksanakan secara lebih menyeluruh.

Dewan juga dimaklumkan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati terdapat penurunan statistik migrasi dari luar bandar ke bandar selain peningkatan peluang pekerjaan di luar bandar.

Ia hasil daripada pelaksanaan program-program sosioekonomi dan sosial di kawasan luar bandar.

"Secara keseluruhannya program-program sosial ekonomi dan sosial di kawasan luar bandartelahdirangka bukan sahaja melalui KKDW,kalau daripada sudut sosial dan ekonomi juga oleh agensi dan kementerian lain.

"Sebab itu kita mengadakan permukiman sebab kita nak memastikan arah tuju,peranan dan tanggungjawab kementerian KKDWdengan kita menggariskan 62 program bagi memastikan perkembangan sosial,sosial ekonomi dapat dipantau," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap