Anugerah Aspirasi Desa Madani, iktiraf kampung terbaik seluruh negara

2024-08-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM

MATA AYER,7 Ogos- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bakal menganjurkan Anugerah Aspirasi Desa Madani untuk memperkasa kepimpinan dan komuniti desa khususnya Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP),

Inisiatif tersebut bagi memberi pengiktirafan kepada kampung terbaik di seluruh negara dalam menzahirkan aspirasi kampung sejahtera selari dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar dan bertepatan dengan konsep Malaysia Madani.

Menurut Ketua Panel Penilai Anugerah Aspirasi Desa Madani,Syakirah Md Noor,secara keseluruhan bagi tahun ini sebanyak 118 kampung mewakili 12 negeri bersaing merebut gelaran Johan kampung terbaik bagi setiap negeri.

“Kita hendak memberi pengiktirafanlah kepada kampung-kampung di seluruh malaysia dengan menekankan 6 aspek penilaian lah. Aspek yang pertama adalah ekonomi,tadbir urus berkesan,kemampanan,kesejahteraan desa,modal insan dan juga inovasi dan aspirasi.

"Jadi sebenarnya kita memang hendak menilai kampung ini hendak lihat bagaimana komuniti dalam kampung ini dapat bersatu padu untuk meningkatkan taraf sosio dan ekonomi masing-masing” jelas Syakirah ketika mengetuai Panel Penilai Anugerah Aspirasi Desa Madani di Kampung Pokok Sena,di sini.

Sementara itu,Pengerusi Aktiviti KEMAS Parlimen Padang Besar,Ruzaini Rais melihat pemilihan Kampung Pokok Sena dan Kampung Bukit Jernih bagi sebagai wakil Parlimen Padang Besar dalam merebut Anugerah Aspirasi Desa Madani peringkat negeri dianggap satu kebanggaan kepada penduduk setempat

“Saya rasa cukup banggalah melihat kerjasama yang telah ditunjukkan oleh penduduk Kampung Pokok Sena yang telah bertungkus lumus yang saya rasa dalam sebulan lebih untuk menjayakan Program Aspirasi Desa Madani. Jadi tadi saya telah lihatlah dokumentasi yang telah disediakan oleh pihak penduduk Kampung Pokok Sena ini. Jadi kita lihat berbagai-bagai inisiatif atau pun inovasi yang telah ditunjukkan oleh penduduk-penduduk kampung ini.” katanya ketika ditemui RTM di sini.

Penilaian bagi memilih pemenang setiap negeri sedang dilaksanakan sejak Julai lalu dan dijangka berakhir September ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap