Pekerja mahir disaran tingkat kemahiran, mampu berdaya saing di peringkat global

2024-08-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR,8 Ogos - Pekerja mahir di negara ini perlu terus meningkatkan kemahiran serta berfikiran kreatif dan inovatif bagi memastikan mereka mampu bersaing di peringkat global.

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini memandangkan dunia menilai tahap pencapaian sesebuah negara berdasarkan pengetahuan dan kemahiran pekerjanya.

"Kalau kita tidak tingkatkan kemahiran,kesilapan kita boleh menjejaskan keselamatan,apatah lagi menyebabkan berlakunya pekara atau musibah yang boleh memberi kemudaratan kepada kemaslahatan masyarkat keseluruhannya.

"Ini sudah pasti akan menjejaskan imej negara kita kerana kalau kita hendak menjadi sebuah negara maju,.pokok pangkalnya adalah bolehkah kita bersaing dan untuk kita bersaing kita juga perlu ada ilmu ..kita juga perlu ada kemahiran dan salah satu juga yang perlu kita lihat ialah dalam sudut penyelidikan dan pembangunan,ini cabaran kita di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK),di sini.

Pada majlis itu,seramai 380 kakitangan IWK menerima sijil antaranya Sijil Penganugerahan Pengiktirafan Khas SKM Tahap 3,Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Penganugerahan SKM Tahap 2.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap