Melaka sediakan ganjaran buat Aaron Chia

2024-08-10 berita.rtm.gov.my HaiPress

VP Shanmugam

AYER KEROH,10 Ogos- Kerajaan Negeri Melaka akan menyediakan ganjaran buat Aaron Chia kerana berjaya merangkul pingat gangsa pada Olimpik Paris 2024 baru-baru ini.

Exco Belia dan Sukan Melaka VP Shanmugam berkata,mana-mana atlet yang mengharumkan nama Melaka di peringkat dunia dan kebangsaan akan menerima insentif yang telah ditetapkan.

"Memang semua anak Melaka yang berjaya dalam arena sukan yang diiktiraf oleh kerajaan,mereka akan menerima sumbangan ataupun anugerah khas secara wang tunai atau pun yang lain-lain daripada Kerajaan Negeri Melaka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka di Kompleks Belia dan Sukan Negeri,Ayer Keroh.

Katanya,pemberian tersebut akan diselaraskan bersama pemenang pingat SUKMA atau waktu terbaik.

Beregu nombor tiga dunia itu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menghadiahkan pingat pertama buat negara pada Olimpik Paris 2024.

Untuk rekod ia merupakan pingat kedua pasangan beregu itu di pentas olimpik dan kedua-duanya menyasarkan pingat lebih baik pada Olimpik Los Angeles 2028.

Dalam perkembangan lain Melaka menyasarkan sembilan pingat emas sempena temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak pada 20 hingga 28 September depan.

Shanmugam berkata,antara sukan berpontensi untuk menyumbang pingat ialah olahraga,boling padang,badminton,boling dan power lifting.

"Adalah menjadi idaman Melaka dan juga sukan para untuk SUKMA Sarawak untuk menjadikan pingat gangsa dan perak kepada emas untuk kali ini. Ini adalah impian.

"Bagaimanapun tuan-tuan tahu sukan ini bukan mudah kerana atlet-atlet kena berada pada prestasi tinggi termasuk mental yang kuat dan sedia menghadapi apa-apa cabaran untuk mencapai impian itu," katanya.

Melaka dijangka menghantar seramai 106 kontinjen membabitkan 62 atlet dan 44 pegawai pada Para SUKMA Sarawak kali ini.

Pada edisi lepas Melaka meraih sembilan emas,19 perak dan 12 gangsa.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap