Rangsangan hartanah perumahan, tawar kehidupan berkualiti kepada rakyat - Penganalisis

2024-08-15 berita.rtm.gov.my HaiPress

Rangsangan menerusi sektor hartanah perumahan,membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih berkualit / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR. 15 Ogos - Kerangka Ekonomi Madani cetusan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya tahan.

Rangsangan menerusi sektor hartanah perumahan,membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih berkualit.

Penganalisis Ekonomi,Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berpandangan komitmen kerajaan dalam menyediakan Skim Pembiayaan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan dijangka terus menyokong pembelian hartanah.

"Usaha untuk mewujudkan kemudahan perumahan dan pembelian rumah adalah satu strategi menaikkan tahap lantai bagi membawa kumpulan B40 dan yang memerlukan untuk mencapai tahap kesempurnaan hidup bagi meningkatkan kesejahteraan hidup mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada RTM.

Dalam pada itu,Pensyarah Ekonomi Putra Business School,Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff turut berpandangan selain Jaminan Kredit Perumahan yang dilaksanakan,inisiatif lain perlu dilakukan termasuk pemudah cara berkaitan prosedur kelulusan supaya ia dapat diperluas bagi pemyediaan perumahan mampu milik berkualiti dan selesa.

"Saya melihat sekurang-kurangnya kalau boleh untuk tempoh yang akan datang ini termasuk di dalam belanjawan 2025,kerajaan akan menumpukan kepada pelbagai alternatif pemilikan rumah melalui pembiayaan secara konsep sewaan," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap