Niaga hadapan MSM didagangkan berhati-hati minggu depan

2024-08-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,17 Ogos- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dalam mod berhati-hati minggu depan.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga niaga hadapan MSM mungkin berada pada kecenderungan menurun antara RM3,600 dan RM3,750 satu tan,sejajar dengan pasaran minyak kacang soya yang lemah.

“Situasi lebihan bekalan dalam pasaran kacang soya telah menjejaskan harga disebabkan oleh kadar penanaman yang tinggi di Amerika Selatan” katanya kepada Bernama.

Dari Jumaat ke Jumaat,bulan semerta baharu September 2024 meningkat RM45 kepada RM3,872 satu tan,Oktober 2024 menokok RM6 kepada RM3,752 satu tan,manakala November 2024 susut RM42 kepada RM3,681 satu tan.

Disember 2024 menyaksikan penurunan sebanyak RM58 kepada RM3,659 satu tan,Januari 2025 lemah RM73 kepada RM3,653 satu tan,manakala Februari 2025 berada pada RM3,655 satu tan.

Kontrak Ogos 2024 berakhir Khamis pada harga RM3,890 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 312,466 lot daripada 427,161 manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 225,277 kontrak daripada 278,122 yang dicatatkan pada minggu sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Selatan Ogos melonjak sebanyak RM20 kepada RM3,920 satu tan daripada RM3,900. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap