UMNO harus perangi 'politik toksik'

2024-08-22 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR,21 Ogos- UMNO mesti memerangi 'politik toksik' bagi mengelakkan api perkauman dinyalakan hingga mengakibatkan kebencian.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,negara sedang menyaksikan kemunculan skala luar biasa politik toksik,yang memuatkan fitnah dan kebencian keterlaluan.

"Orang Melayu mesti disedarkan,bahawa politik kebencian dan toksik melampau ini,akan menjadikan kita anti akal,anti kebenaran,dan anti segala-galanya.

"Ia tidak akan menguntungkan sesiapa," tegasnya dalam ucapan perasmian serentak pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO yang turut dihadiri pimpinan tertinggi parti dan ketua ketiga-tiga sayap,di ibu negara.

Dalam pada itu Mohamad yang juga Menteri Luar memberikan contoh mengenai politik toksik yang merebak di luar negara hingga mencetuskan keganasan dalam kalangan masyarakat.

Justeru,beliau menyarankan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO untuk membahas dan mencari solusimenangani gejala negatif berkenaan.

Sementara itu,Mohamad mahu sayap-sayap UMNO merangka strategi baharu demi menarik sokongangenerasi muda yang digelar 'Generation Z revolution'.

Sekiranya gagal,UMNOakan melalui pilihan raya lebih sukar dalam masa tiga tahun dari sekarang,malah lebih sukar daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Mohamad,golongan muda masa kini menilai berdasarkan maklumat diperolehmenerusi pelbagai platform di media sosial.

Realitinya,realiti hari ini menyaksikan ‘ruang demokrasi’ adalah persada maya kerana gelombang demokrasi digital lebih memberi impak dan cabaran ketika ini.

Seluruh kempen harus dilaksanakan dengan penuh kreativiti serta memanfaatkan pelbagai platorm media sosial untuk kempen perdana.

Sehubungan itu 'Team Sukses UMNO' perlu ditubuhkan segera bagi menjayakan operasi menarik kembali sokongan rakyat dan iaperlu dianggotai pelbagai segmen profesional.

"Ia memerlukan dedikasi sepenuh masa oleh sebuah pasukan dianggotaiahli statistik,data saintis,pempengaruh media sosial,penyelidik,ahli media,pasukan kreatif dan pelbagai lagi.

"Matlamatnya hanya satu,menjayakan operasi mengembalikan UMNO. FOkus utama pasukan sepenuh masa ini ialah melaksanakan pelbagai operasi UMNO,mengenal pasti setiap pengundi,merangka manifesto,menghasilkan pelbagai strategi kempen,menyemak semua mereka yang berpotensi menjadi calon boleh menang," katanya.

Perubahan itu dilihat penting dan ianya berfungsi sebagai strategi untuk menarik pengundi dan 'membeli' semula jenama UMNO.

Manakala menurut Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan,pemerkasaan penggunaan sosial media harus dipertingkatkan khususnya menerusi aplikasi TikTok.

"Kalau kita berucap mungkin hanya 200 orang,kalau guna media sosial mungkin 2,000 dan 20,000. Saya pernah membuat hantaran,ia menerima kira-kira dua juta pengguna.

"Jadi penting untuk menguasai dan mempelajari apakah yang diminati anak-anak muda dalam media sosial," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap