Pelarasan gaji penjawat awam imbangi kuasa beli - Penganalisis

2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress

Peningkatan pendapatan penjawat awam sehingga 42.7 peratus dijangka akan mengembalikan dan mengimbangkan semula kuasa beli penjawat awam / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,24 Ogos - Peningkatan pendapatan penjawat awam sehingga 42.7 peratus dijangka akan mengembalikan dan mengimbangkan semula kuasa beli mereka.

Penganalisis Ekonomi,Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat penjawat awam telah menghadapi penyusutan kuasa beli berikutan kenaikan kos sara hidup dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau menjelaskan peningkatan kadar inflasi pasca pandemik,yang disebabkan oleh kekurangan bekalan untuk memenuhi permintaan,turut menjejaskan kuasa beli.

“Sudah lebih 10 tahun penyelarasan gaji terakhir penjawat awam tidak dilakukan. Sekiranya gaji penjawat awam tidak dinaikkan,kenaikan kadar inflasi dan peningkatan kos sara hidup tetap berlaku.

"Ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti turun naik nilai pertukaran ringgit,terutama untuk barangan import seperti makanan,serta kos pengangkutan,kos pengeluaran,dan kos bahan api,” katanya ketika dihubungi RTM.

Tambah Dr. Aimi,harga komoditi utama dan bahan mentah turut meningkat saban tahun.

Oleh itu,penyelarasan gaji adalah penting untuk mengelakkan ketidakseimbangan ekonomi dan memastikan gaji penjawat awam selaras dengan harga barangan semasa.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap