RM69.97 juta peruntukan pembangunan agromakanan Terengganu

2024-08-29 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup

KUALA NERUS,29 Ogos- Peruntukan pembangunan agromakanan kepada Terengganu meningkat kepada RM69.97 juta tahun ini.

Jumlah itu meningkat sekali ganda berbanding RM33.13 juta tahun lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata,RM10.06 juta turut diperuntuk bagi mengoptimumkan penggunaan tanah ke arah keterjaminan makanan.

Peruntukan tersebut bagi melaksanakan 12 projek pertanian,penternakan dan perikanan. Ini termasuk projek pembangunan tukun tiruan,pembinaan pintu air di Kuala Nerus dan projek membaik pulih Kompleks Reban Ayam Tertutup Baroh Masin di Besut.

"Memang Terengganu adalah penerima tertinggi termasuk juga projek yang kita serahkan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan kerajaan negeri. Terengganu juga merupakan antara penerima tertinggi menerima peruntukan tersebut",katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Jualan Agro Madani Mega Terengganu di perkarangan Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak,Kuala Nerus.

Mengulas lanjut,sebanyak RM750,000 nilai jualan disasarkan sempena penganjuran kali ini.

Penganjuran Jualan Agro Madani Mega di tiga lokasi terdahulu,mencatatkan nilai jualan sebanyak RM1.7 juta.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap