Malaysia jadi destinasi kedua terbesar aliran masuk asing

2024-09-04 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan

Kuala Lumpur,4 September - Malaysia muncul destinasi kedua terbesar menerima aliran masuk asing di ASEAN dengan jumlah USD690 juta,setakat tahun ini.

Menurut Maybank Investment Bank Berhad,dana asing dalam pasaran ekuiti tempatan melonjak ketara kepada RM2.55 bilion bulan lalu,berbanding RM1.32 bilion pada Julai 2024.

Ia sekali gus aliran masuk asing bulanan tertinggi,sejak Mac 2022 yang merekodkan jumlah dana RM3.29 bilion.

Momentum belian bersih yang kukuh sejak pertengahan Ogos,turut disokong pengukuhan ringgit berdasarkan jangkaan dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini,belian asing bersih berjumlah RM3.05 bilion berbanding jualan bersih RM2.34 bilion pada 2023.

Sementara itu,aliran masuk asing bagi pasaran bon Julai lalu berjumlah RM7.8 bilion,tertinggi direkodkan dalam tempoh setahun.

Jumlah pegangan asing dalam bon tempatan meningkat kepada RM279.1 bilion,menghampiri rekod tertinggi RM279.2 bilion.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap