Selenggara Lebuh Raya Pan Borneo libat kontrak RM69 juta

2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,4 September - Kerajaan melantik PBH Asset Management Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyenggaraan jalan persekutuan Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) di Sarawak dengan nilai kontrak sebanyak RM69 juta.

Kontrak tersebut meliputi kerja rutin (sepanjang tahun),kerja berkala permukaan jalan berturap,kerja berkala bukan permukaan jalan berturap dan kerja kecemasan mengikut kelulusan dari semasa ke semasa bagi tempoh 3 tahun.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan berkata,Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak pula dilantik dalam operasi,penyenggaraan dan penyeliaan serta pengawasan pelaksanaan kerja-kerja bagi memastikan pematuhan terma-terma dan syarat-syarat daripada syarikat terlibat.

"Penyenggaraan tersebut sangat diutamakan dalam memastikan infra rakyat dalam keadaan baik,selamat dan selesa serta tidak membahayakan pengguna jalan raya," kata Alexander menerusi kenyataan itu.

Lebuhraya Pan Borneo merupakan bukti komitmen Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani dalam membangunkan rangkaian jalan raya secara lebih terancang,sistematik dan efisien.

Ia selaras dengan hasrat Program MYJalan KKR dalam menyediakan infrastruktur yang selamat dan selesa kepada semua rakyat Malaysia Madani secara konsisten.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap