Perdana Menteri dijadual mengadakan lawatan dua hari ke Sabah

2024-09-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan dua hari ke Sabah bermula hari ini/Foto BERNAMA

KOTA KINABALU,11 September - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan dua hari ke Sabah bermula hari ini di Kota Kinabalu dan Lahad Datu.

Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour,yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Esok (12 Sept),beliau dijadual melawat Felda Sahabat di Lahad Datu pada sebelah pagi untuk menghadiri Karnival Segalanya Felda.

Datuk Seri Hajiji turut dijadual hadir pada karnival berkenaan.

Pada majlis itu,Datuk Seri Anwar akan disambut dengan persembahan kebudayaan tarian sambut tamu negeri Sabah dan tayangan video bertajuk ‘Mimpi Seorang Ayah’ yang memaparkan kisah peneroka Felda.

Pada sebelah petang,Perdana Menteri dijadual menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah,Kota Kinabalu,yang juga akan dihadiri Datuk Seri Hajiji. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap