Anwar mahu siasatan kes GISBH disegerakan

2024-09-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

KAJANG,13 September-Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu siasatan kes berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) disegerakan.

Menurut Anwar,beliau telahmengarahkan pihak polis serta pihak berkuasa agama melakukan siasatan menyeluruh berkenaan isu tersebut.

"Jadi biar ada saluran dan jangan lengahkan. Isu berkaitan akidah,salah guna kuasa,salah guna agama dan penderaan kanak-kanak adalah perkara besar..itu semua serius bagi umat Islam,"katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman Kampung Desa Putera di sini.

Terdahulu,kontroversi membabitkan GISBH menggemparkan orang ramai apabila didakwa melakukan seks luar tabii dan kerahan tenaga kerja melibatkan kanak-kanak serta remaja terbongkar di premis dikendalikan kumpulan berkenaan.

BERITA BERKAITAN:

JAIS pantau rapat aktiviti ahli GISBH402 penghuni rumah amal dieksploitasi berjaya diselamatkan

Mangsa eksploitasi kanak-kanak ditawar 'legal companion’

402 penghuni rumah amal dieksploitasi berjaya diselamatkan

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap