Pasaran getah ditutup bercampur-campur

2024-09-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,12 September - Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau,kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran terjejas oleh ringgit yang kukuh berbanding dolar AS,selain keyakinan yang berkurangan terhadap penurunan kadar faedah yang besar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

“Bagaimanapun,penurunan seterusnya dikekang oleh kenaikan harga minyak mentah dan gangguan bekalan akibat keadaan cuaca buruk di Thailand.

“Peniaga pasaran memantau petunjuk seterusnya mengenai penurunan kadar faedah AS daripada data ekonomi terkini,” katanya kepada Bernama.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 3.0 sen kepada 800 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik setengah sen kepada 670.50 sen sekilogram.

Pada 5 petang,harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 815 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 673.50 sen sekilogram. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap