Niaga hadapan MSM ditutup lebih rendah

2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,13 September- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat disebabkan meningkatnya kebimbangan terhadap permintaan yang lemah untuk komoditi itu,kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen itu juga dipengaruhi oleh jangkaan meningkatnya pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang yang akan memberi tekanan ke atas harga.

"Kami mendapati paras sokongan pada RM3,750 setan dan paras rintangan pada RM3,900 setan," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta September 2024 jatuh RM90 kepada RM3,930 setan,Oktober 2024 susut RM26 kepada RM3,909 setan dan November 2024 menurun sebanyak RM38 kepada RM3,814 setan.

Kontrak Disember 2024 merosot RM35 kepada RM3,775 setan,Januari 2025 susut RM32 kepada RM3,754 setan dan Februari 2025 jatuh RM33 kepada RM3,743 setan.

Jumlah dagangan bagaimanapun melonjak kepada 121,661 lot daripada 83,404 lot pada Khamis,manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 259,519 kontrak daripada 247,627 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi September Selatan jatuh RM20 kepada RM4,010 setan.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap