Program WBL untuk anggota ATM, perajurit muda dikaji

2024-09-15 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FACEBOOK Kementerian Pertahanan Malaysia

PORT DICKSON,15 September- Kementerian Pertahanan Malaysia akan mengkaji keperluan bagi membolehkan anggotaAngkatan Tentera Malaysia (ATM) dan perajurit muda menyertai program Pembelajaran Berasaskan Pekerjaan (WBL) untuk memiliki sijil peringkat pengajian tinggisebagai usaha peningkatan kerjaya mereka.

Menteri PertahananDatuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata program itu hasil kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),antara inisiatif kementerian bagi memastikan anggota memiliki sijil diploma atau ijazah seperti dilaksanakan di Jerman dan Amerika Syarikat.

Beliau menjelaskan penekanan terhadap pemilikan sijil tersebut diberikan kerana sebahagian besar anggota ATM bersara pada umur 41 hingga 45 tahun.

"Kita mulakan dengan diploma dahulu sebab ramai yang masuk dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ada juga yang sedang mengambil diploma dan kita akan kaji bagaimana WBL boleh membolehkan mereka memperoleh ijazah.

"Berdasarkan pengalaman saya sebagai Menteri Pendidikan Tinggi sebelum ini,ia boleh dilaksanakan,cuma kita belum memulakannya di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 200/2024 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera (PUSASDA) di sini hari ini.

Mengulas mengenai program hari ini,Mohamed Khaled berkataseramai 1,144 perajurit muda menamatkan latihan yang dijalani sejak 8 Mac.

Sementara itu,menurut perajurit muda,Indiran Kayamboo yang berkongsi pengalamannya memaklumkan cabaran mental merupakan halangan terbesar yang hampir membuat beliau berundur daripada latihan.

"Cabaran terbesar saya adalah mental kerana pada mulanya saya hampir berhenti. Namun,saya ingat kembali niat saya untuk berada di sini demi keluarga dan menjadi pewira seperti ayah saya," katanya.

Bagi seorang lagi perajurit muda,Ahmad Hasnain Makhluf Azizul Hakim berkata impiannya adalah untuk berkhidmat lama dalam Tentera Darat. "Impian saya adalah untuk berkhidmat selama 21 tahun dan memberi sumbangan terbaik kepada Tentera Darat," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap