Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

2024-10-15 HaiPress

Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Selasa / Foto Fail

KUALA LUMPUR,15 Oktober - Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Selasa,didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Perkembangan itu dicatatkan walaupun pasaran secara amnya kekal tidak menentu susulan kebimbangan mengenai pendirian monetari China dan AS.

Pada 8 pagi ini,ringgit mengukuh ke paras 4.2925/3080 berbanding dolar AS daripada 4.2945/2995 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari sudut ekonomi,keadaan ekonomi AS menjadi tumpuan dengan bank pusat negara maju itu dilihat tidak cenderung melaksanakan dasar monetari yang agresif selain kebimbangan terhadap langkah rangsangan China yang setakat ini tidak menepati jangkaan pakar.

“Tumpuan kini kepada langkah monetari oleh China dan AS,malah atas alasan itu dolar AS dijangka kekal kukuh,” katanya kepada Bernama.

Pada awal urus niaga hari ini,ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8666/8774 daripada 2.8743/8778 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.6823/6992 daripada 4.6935/6989 semalam,namun susut berbanding pound Britain kepada 5.6086/6288 daripada 5.6056/6121,sebelum ini.

Selain itu,ringgit juga diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang ASEAN.

Unit tempatan itu naik berbanding baht Thailand kepada 12.8927/9482 daripada 12.9310/9538,mengukuh berbanding dolar Singapura pada 3.2815/2936 daripada 3.2868/2909 pada akhir urus niaga semalam dan meningkat berbanding rupiah Indonesia pada 275.7/276.8 berbanding 275.8/276.3,semalam.

Ringgit bagaimanapun hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.47/7.50 berbanding 7.47/7.49,semalam.-BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap