Niaga hadapan emas ditutup tinggi

2024-10-22 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,21 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini susulan kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS),kata seorang peniaga.

Beliau berkata emas COMEX AS mencapai rekod tinggi baharu,dipacu oleh ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Oktober 2024 meningkat kepada US$2,741.40 setiap auns troy daripada US$2,718.00 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas manakala November 2024 melonjak kepada US$2,756.40 setiap auns troy daripada US$2,733.00 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu,kontrak Disember 2024,Januari 2025 and Februari 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,764.50 setiap auns troy daripada US$2,741.10 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada 14 lot daripada 22 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 38 kontrak daripada 40 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 18 Okt,2024,harga emas fizikal berada pada US$2,712.50 setiap auns troy.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap