RM600,000 diperuntuk cat semula dua blok Flat Jalan Hospital

2024-10-26 HaiPress

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming / Foto BERNAMA

IPOH,25 Oktober-Rumah flat di Jalan Hospital di sini bakal berwajah baharu selepas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan kira-kira RM600,000 bagi tujuan mengecat semula dua blok rumah pangsa berkenaan.

Menterinya,Nga Kor Ming berkata proses perolehan tender telah selesai dan kerja-kerja menaiktaraf tersebut akan bermula minggu depan.

Berdasarkan perjanjian kontrak,projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada 29 Disember depan.

"Saya harap ini merupakan satu lagi hadiah istimewa kepada penduduk-penduduk di flat tempat kepayang di mana sini lebih kurang 1,000 lebih rumah yang kita lihat memang banyak blok yang telah usang sudah sampai masa dia berwajah baharu",katanya demikian selepas merasmikan Pusat Komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Hospital di sini.

Jelas beliau,kerja-kerja mengecat itu bagi memberi keselesaan kepada penghuni rumah flat tersebut yang terletak di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap