11 buah motosikal dalam garaj musnah terbakar

2024-11-01 HaiPress

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan/Foto Bomba

GEORGE TOWN,1 November – Sebuah garaj berkeluasan 100 kaki persegi di Lengkok Kampung Jawa 2,Bayan Lepas,terbakar awal pagi tadi,mengakibatkan 11 buah motosikal mengalami kemusnahan.

Bagaimanapun,tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.51 pagi tadi.

Katanya,jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru tiba di lokasi pada jam 6.59 pagi.

"Kebakaran itu bukan sahaja memusnahkan tujuh daripada 11 motosikal yang ada,manakala empat lagi hanya mengalami kerosakan sekitar 10 peratus,tetapi turut melibatkan sebuah lori yang diparkir di garaj persendirian tersebut," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.30 pagi.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap