KPT komited pastikan IPTS beroperasi mengikut Akta 555 - Mustapha

2024-11-11 HaiPress

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Mustapha Sakmud/BERNAMA

KUALA LUMPUR,11 November-Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa komitedmemastikan pengoperasian Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang berdaftar mematuhi Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555].

Timbalan Menterinya,Datuk Mustapha Sakmud berkata,sekiranya terdapat penemuan ketidakpatuhan,tindakan susulan akan dipanjangkan untuk kertas siasatan dibuka seterusnya didakwa selaras dengan Akta 555,jika didapati bersalah.

"Dari tahun 2019 sehingga kini,berdasarkan aduan ketidakpatuhan kepada Akta 555,pemeriksaan audit pematuhan telah dilaksanakan kepada 355 buah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Dalam tempoh tersebut,sebanyak 146 kertas siasatan telah dibuka ke atas IPTS oleh KPT melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) menerusi aduan yang diterima. Berdasarkan jumlah kertas siasatan yang telah dibuka tersebut,sebanyak 82 kes yang telah dikenakan tindakan kompaun," kata Datuk Mustapha di Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Mas Gading,Mordi Bimol dalam Dewan Rakyat,hari ini.

Antara kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan oleh IPTS adalah membuat perubahan butiran syarikat tanpa kelulusan Ketua Pendaftar,beroperasi di premis tidak berdaftar bawah Akta 555 dan tenaga pengajar di IPTS tidak memiliki permit mengajar yang diluluskan Ketua Pendaftar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap