Anwar tiba di Peru, mulakan lawatan rasmi

2024-11-13 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lima,Peru pada pukul 11.15 malam waktu tempatan untuk memulakan lawatan rasmi pertamanya ke Amerika Latin / Foto JPM

LIMA,13 November – Perdana Menteri,Peru pada pukul 11.15 malam waktu tempatan untuk memulakan lawatan rasmi pertamanya ke Amerika Latin.

Beliau tiba dengan pesawat khas diiringi Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Setibanya di Lapangan Terbang Pangkalan Tentera Udara Lima,Perdana Menteri menerima penghormatan kawalan kehormat sebagai sambutan rasmi kedatangannya.

Beliau disambut oleh Menteri Pengeluaran Peru,Sergio González Guerrero,Ketua Pengarah Protokol dan Istiadat Negeri,Luis Escalante Schuler,serta Duta Besar Malaysia ke Peru,Ahmad Irham Ikmal.

Anwar dijadual menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang ke-31 bermula 14 hingga 16 November ini.

Selain itu,beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Peru,Dina Ercilia Boluarte Zegarra,bagi membincangkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Peru.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijangka membuat pencelahan Malaysia semasa Sesi Pemukiman AELM pada 16 November ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap