Program TUBE: 8,312 peserta terima geran perniagaan RM125.8 juta

2024-11-18 HaiPress

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan

KUALA LUMPUR,18 November – Sejumlah 8,312 peserta Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) telah menerima geran perniagaan berjumlah RM125.8 juta sejak Oktober lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata,program ini turut mencipta 15,068 peluang pekerjaan dan merekodkan nilai jualan terkumpul sebanyak RM181.5 juta.

"Bantuan yang disediakan merangkumi pembangunan kapasiti berbentuk latihan dan juga geran permulaan perniagaan dengan peruntukan sebanyak RM10,000 sehingga RM15,000,bergantung pada jenis perniagaan mereka,serta bimbingan dan khidmat nasihat perniagaan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sungai Besar,Datuk Muslimin Yahaya mengenai jumlah peruntukan dan geran yang diagihkan kepada usahawan di bawah Program TUBE.

Tambahnya,program TUBE akan diteruskan tahun hadapan dengan peruntukan dana sebanyak RM20 juta bagi menggalakkan lebih ramai belia menceburi bidang perniagaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap