MOTAC terbuka bekerjasama dengan pelbagai agensi

2024-11-18 HaiPress

Datuk Seri Tiong King Sing

KUALA LUMPUR,18 November- Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) sentiasa mengalu-alukan perbincangan bersama-sama kerajaan negeri untuk melontarkan idea bagi merancakkan Tahun Melawat Kedah 2025 serta persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata,perkara itu termasuk mengadakan kolaborasi selain berkerjasama dengan pelbagai agensi sebagai persediaan menjelang kempen berkenaan.

"Kita perlu bersama-sama lebih agresif bukan sahaja Kedah termasuk Langkawi. Baru-baru ini kita ada buat satu penerbangan charter satu minggu satu kali sampai bulan Mac.

"Jadi kita ada 22 penerbangan yang akan membawa kira-kira 300 pelancong. Kebanyakan mereka yang datang ini akan duduk sekurang-kurangnya seminggu dan ada yang duduk hingga dua minggu," katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Sungai Petani Dr. Mohammed Taufiq Johari berkenaan langkah kerajaan untuk memastikan ekopelancongan dan juga kelestarian pelancongan dimanfaatkan sebaik mungkin sempena Tahun Melawat Kedah 2025.

Dalam pada itu sebagai persediaan ke arah VM 2026,MOTAC juga mengadakan kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat penerbangan Malaysia seperti Malaysia Airlines (MAS),AirAsia dan Batik Air.

MOTAC turut mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa untuk menggalakkan penerbangan secara charter termasuk memberikan insentif menerusi Geran Sepadan Penerbangan Charter (GSPC).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap