Panduan Pantas ESG: Pemacu transformasi PMKS ke pasaran global

2024-11-21 HaiPress

Ewon Benedick/ Foto RTM

KUALA LUMPUR,21 November- Satu dokumen Panduan Pantas mengenai penerapan amalan Alam Sekitar,Sosial,dan Tadbir Urus (ESG) telah dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Dokumen itu bertujuan menjadi rujukan asas kepada Perusahaan Mikro,Kecil,dan Sederhana (PMKS) sebagai pemudah cara operasi perniagaan mereka,di samping memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk membolehkan PMKS memasuki pasaran antarabangsa.

Menteri berkenaan,Datuk Ewon Benedick,berkata program PKSlestari melalui SME Corp turut dipergiatkan,manakala skop Program Business Accelerator (BAP) telah diperluaskan.

"Selain itu,SME Corp juga sedang giat melaksanakan program PKSlestari untuk menggalakkan dan mempercepat penerapan ESG dalam kalangan PMKS.

"Mulai tahun 2024,Program BAP juga telah diperluaskan skop bantuannya untuk meliputi penerapan elemen ESG dalam perniagaan seperti pembungkusan produk serta pembelian mesin dan peralatan berkaitan pengurusan sisa buangan,bagi menggalakkan PMKS mengamalkan ESG dalam operasi perniagaan mereka," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Betong,Dr. Richard Rapu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap