Pahang peruntuk RM19.89 juta bagi pengurusan banjir tahun depan

2024-11-29 HaiPress

Foto BERNAMA

KUANTAN,29 November - Pahang memperuntukkan RM19.89 juta pada tahun hadapan bagi tujuan kecekapan pengurusan banjir di negeri itu yang berlaku setiap tahun.

Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,antara pelaksanaan inisiatif serta projek berkaitan termasuk Rancangan Tebatan Banjir,Projek Kawalan Hakisan Pantai dan Membaik Pulih Muara Sungai serta Sistem Saliran Bandar di seluruh Pahang.

Beliau yang ditemui selepas Pembentangan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2025 di Wisma Sri Pahang,memaklumkan persediaan awal telah pun dibuat bagi menghadapi musim banjir.

Menerusi Yayasan Pahang,RM12.5 juta diperuntukkan pada tahun hadapan untuk melaksanakan Program Jaminan Kerjaya,bagi memastikan isu pengangguran dapat dikurangkan.

Bagi tujuan itu juga,sebanyak RM4.5 juta disalurkan kepada Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang atau Pahang Skills bagi menaik taraf kemudahan Pusat Kecemerlangan bagi latihan dan implementasi pendigitalan.

Selain itu,RM500 ribu bagi tujuan penyelenggaraan bangunan dan kampus di Pahang Skills.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap