Kerajaan fokus naik taraf fasiliti untuk Sukan SEA 2027

2024-12-04 HaiPress

Timbalan Menteri Belia dan Sukan,Adam Adli Abd Halim

KUALA LUMPUR,4 Disember - Kerajaan tidak berhasrat untuk membina stadium atau fasiliti sukan yang baharu menjelang Sukan SEA 2027.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Belia dan Sukan,Adam Adli Abd Halim berkata,kerja-kerja naik taraf kemudahan sedia akan dilakukan,mengikut keperluan.

"Pihak kerajaan akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sedia ada sukan untuk kegunaan Sukan SEA 2027 akan datang termasuk di Sarawak selepas diadakan koordinasi dan perbincangan lanjut," kata Adam Adli menjawab pertanyaan wakil Lubuk Antu,Roy Angau Gingkol di Dewan Rakyat.

Tambahnya,Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga akan mengadakan perbincangan bersama-sama kerajaan negeri bagi membincangkan perkara tersebut setelah selesai Penubuhan Jawatankuasa Pengelola dan Sekretariat Sukan SEA 2027.

Penganjuran Sukan SEA 2027 melibatkan gandingan tiga negeri termasuk Sarawak,Sabah dan Pulau Pinang bersama-sama Kuala Lumpur bagi menjadi tuan rumah sukan itu.

Dewan dimaklumkan,pemilihan atlet bagi Sukan Sea 2027,dilakukan Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama persatuan-persatuan sukan yang terlibat.

Adam Adli menjelaskan terdapat 38 hingga 44 jenis sukan akan dipertandingkan menerusi sukan tersebut dan pemilihan atlet juga dipilih melalui pelbagai saluran termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) dan beberapa sukan terbuka.

"Kita beri peluang sukan SEA ini sebagai platform sebagai atlet-atlet baru berbanding dengan atlet-atlet senior kerana ini adalah salah satu temasya sukan yang tersedia untuk mereka mewakili negara pada peringkat awalprofesion mereka sebelum mereka mengajak ke sukan lebih besar seperti sukan asia komanwel atau olimpik," katanya lagi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap