Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

2024-12-04 HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,3 Disember- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM31.31 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.80 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik berjumlah RM2.0 bilion untuk tujuh hari dan RM1.0 bilion bagi 90 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM34.3 bilion dan RM24.0 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap