ZTE Global mahu melabur dalam sektor digital

2024-12-10 HaiPress

Foto FB PM

KUALA LUMPUR,9 Disember- ZTE Global berhasrat mewarnai landskap digital di Malaysia bagi meningkatkan infrastruktur kesalinghubungan luar bandar.

Kerjasama itu sekali gus merapatkan jurang digital miskin bandar dalam memacu pembangunan inklusif ketersediaan rangkaian di Malaysia dan menjadikan negara sebagai hab digital kecerdasan buatan (AI).

Menerusi hantaran Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook,beliau menerima kunjungan hormat delegasi syarikat tersebut yang diketuai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Xu Ziyang,petang tadi.

"Perbincangan menyentuh beberapa perkara terkait kepentingan 5G dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang berupaya memangkin negara sebagai hab inovasi,bandar pintar dan teknologi generasi akan datang," kata kenyataan itu.

ZTE Global telah beroperasi di lebih daripada 160 negara sebagai peneraju global dalam bidang telekomunikasi dan penyelesaian teknologi.

Syarikat itu bertapak di Malaysia sejak tahun 2004 dengan kepakaran dalam memacu inovasi 5G yang dilengkapi keupayaan kecerdasan buatan (AI).

Ini bagi menyokong inisiatif yang meningkatkan kesalinghubungan dan pembangunan ekonomi di negara ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap