Perkasa produk R&D tempatan menerusi DUB dan DMM

2024-12-11 HaiPress

Timbalan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI),Datuk Mohammad Yusof Apdal/ BERNAMA

PUTRAJAYA,12 Disember- Pengkomersialan produk hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) Malaysia terus diperkasa menerusi pelancaran Dana Uji Beli MySTI (DUB) dan Dana Mudahcara MySTI (DMM).

Timbalan Menteri Sains,Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata DUB dan DMM merupakan sebahagian inisiatif program MySTI bertujuan mempercepatkan penerimaan produk dan perkhidmatan R&D tempatan di pasaran melalui perolehan kerajaan.

Inisiatif itu menjadikan kerajaan sebagai pengguna pertama teknologi tempatan dan tanda komitmen berterusan menyokong produk inovasi tempatan,sekali gus memastikan hasil R&D Malaysia diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa serta mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi luar.

"Kita juga akan terus pastikan pelbagai hasil penyelidikan dan inovasi anak tempatan dikomersialkan dan dipasarkan secara sistematik dan strategik dengan sokongan Kerajaan sebagai pengguna terawal,diikuti oleh sektor swasta dan masyarakat umum sehingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

"Saya percaya bahawa sokongan ini bukan sahaja akan memacu pertumbuhan ekonomi negara,tetapi juga akan merangsang penciptaan peluang pekerjaan yang bernilai tinggi kepada graduan STEM tempatan.

"MySTI bukan sekadar program pengkomersialan,ia juga satu langkah penting dalam membina ekosistem dan daya tahan ekonomi negara dengan memperkukuhkan industri berasaskan teknologi di negara ini",katanya semasa berucap pada Majlis Peluncuran Dana MySTI di Putrajaya..

Datuk Mohammad Yusof berkata MySTI juga merupakan strategi kerajaan meningkatkan adaptasi teknologi dan digitalisasi ke arah pembangunan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan pintar.

Katanya,kerjasama antara MOSTI dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) itu selaras menerajui misi Malaysia mencapai status negara maju dan menjadi pengeluar teknologi menjelang tahun 2030.

DUB menawarkan pembiayaan sehingga RM100,000 untuk pengujian produk MySTI oleh kementerian dan agensi kerajaan yang memberi peluang kepada syarikat tempatan membuktikan produk mereka setanding atau lebih baik berbanding produk import.

Manakala,DMM menyediakan pembiayaan sehingga RM500,000 bagi projek yang telah menerima pesanan pembelian kerajaan,membantu syarikat meningkatkan skala pengeluaran dan daya saing.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap