Kerajaan teliti larangan penggunaan media sosial di beberapa negara

2024-12-19 IDOPRESS

Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR,19 Disember- Kerajaan sedang meneliti berhubung larangan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja di beberapa negara.

Tiombalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata perkara itu termasuk kaedah pelaksanaan undang-undang bagi membendung tindakan berkenaan.

"Sebab apabila ibu bapa memberi telefon kepada anak-anak,bagaimana kita ingin memastikan umur anak-anak berkenaan bawah 13 tahun atau 16 tahun tidak muat turun aplikasi media sosial menerusi perkhidmatan sedia ada?

"Siapa yang perlu semak? Siapa yang melanggar undang-undang muat turun? Siapa yang akan didenda? Ibu bapa atau kanak-kanak atau penyedia platform berkenaan. Memang ada isu praktikal,jadi perkara ini perlu diteliti sebelum membaut sebarang keputusan," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Senator Manolan Mohamad berkenaan tindakan kerajaan dalam mewujudkan undang-undang melarang anak-anak berumur bawah 16 tahun menggunakan media sosial seperti yang dilaksana di Australia,serta berhubung kerjasama Kementerian Komunikasi dengan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk membendung perkara itu.

Bagaimanapun bagi mencapai hasrat berkenaan semua penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet diminta memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi,bermula 1 Januari depan.

Ia bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bertujuan memerangi peningkatan kes jenayah siber termasuk penipuan dalam talian,buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap