Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

2024-12-20 IDOPRESS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,19 Disember- Prestasi pelancongan domestik mencatat pertumbuhan yang kukuh pada suku ketiga 2024 dengan merekodkan 66.3 juta pelawat dan jumlah perbelanjaan RM25.6 bilion.

Ketua Perangkawan,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata,setakat September 2024,pelancongan domestik telah merekodkan sejumlah 193.3 juta pelawat dengan menunjukkan peningkatan 21.8 peratus tahun ke tahun.

Perbelanjaan pelancongan domestik bagi sembilan bulan pertama 2024 telah mencapai RM77.8 bilion,menggambarkan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 27.2 peratus tahun ke tahun.

"Daripada segi sektor penginapan,jumlah hasil meningkat 12.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pertumbuhan disokong kadar penghunian hotel lima bintang yang meningkat 1.1 peratus,diikuti hotel empat bintang 4.2 peratus dan hotel tiga bintang 0.2 peratus," kata kenyataan itu.

Kadar penghunian mengikut lokasi di bandar meningkat 3.4 peratus,berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

Prestasi berkaitan industri pelancongan pada suku tahun ketiga 2024 adalah menggalakkan dengan nilai jualan runcit bahan api meningkat 6.3 peratus tahun ke tahun.

Pelancongan domestik merupakan satu daripada tonggak utama ekonomi negara,dipacu pertumbuhan bilangan pelawat,perbelanjaan yang tinggi dan prestasi yang kukuh merentasi industri berkaitan pelancongan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap