2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

2024-12-23 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,22 Disember-Kerajaan Madani telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,berkata inisiatif ini bertujuan untuk memastikan kemakmuran yang berpanjangan dapat dinikmati oleh rakyat dan negara.

Menerusi 'Sorotan 2024: Melonjak Ekonomi,Melimpah Kemakmuran',Perdana Menteri berkongsi beberapa inisiatif dan pencapaian negara.

Antara pencapaian adalah pelaburan ekonomi digital yang menyaksikan pelaburan digital diluluskan bernilai RM254.7 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini yang mewujudkan 159,000 pekerjaan.

Syarikat teknologi gergasi yang melabur di Malaysia antaranya,Microsoft bernilai RM10.5 bilion,NVIDIA dan YTL pula RM20 bilion dan Oracle RM27 bilion

Menerusi hantaran di laman Facebook ini juga,kerajaan turut memfokuskan kepada pembangunan tenaga hijau menerusi pelancaran Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian di Perak.

Turut dikongsikan Datuk Seri Anwar adalah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera atau PUTERA35 dan juga Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta atau PIKAS 2030.

Beliau menekankan betapa pentadbirannya akan terus bekerja keras di tahun mendatang bagi memacu masa depan yang lebih sejahtera untuk rakyat dan negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap