Niaga hadapan MSM susut hari kelima berturut-turut, eksport lemah

2024-12-23 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,20 Disember- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penyusutan pada hari kelima berturut-turut berikutan kebimbangan mengenai eksport yang lemah,kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata penurunan harga minyak kacang soya turut menyumbang kepada tekanan menurun harga MSM.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM4,350 satu tan dan rintangan pada RM4,600 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan,kontrak Januari 2025 meraih sokongan kukuh apabila menokok RM10 untuk ditutup kepada RM4,762 satu tan.

Bagaimanapun,kontrak lain menunjukkan penurunan meluas dengan kontrak Februari 2025 rendah RM65 kepada RM4,571 satu tan,kontrak Mac 2025 turun RM75 kepada RM4,433 satu tan dan kontrak April 2025 susut RM81 kepada RM4,303 satu tan.

Kontrak Mei 2025 menyusut RM72 kepada RM4,207 satu tan manakala Jun 2025 berkurangan RM50 kepada RM4,141 satu tan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 116,508 lot daripada 157,030 lot pada hari sebelumnya manakala kepentingan terbuka susut kepada 244,206 kontrak daripada 251,239.

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan tidak berubah pada RM4,900 satu tan- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap