Penduduk mohon percepatkan projek tebatan banjir Sungai Temin dan Sungai Bata

2024-12-23 IDOPRESS

Foto RTM

CHANGLUN,23 Disember-Penduduk daerah Kubang Pasu menggesa agar Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Temin dan Sungai Bata di daerah berkenaan disiapkan segera.

Menurutnya,RTB tersebut merupakan keperluan yang mendesak berikutan setiap kali berlaku hujan lebat berterusan,beberapa kawasan seperti Changlun,Napoh,Kampung Bata dan Jitra dilanda banjir.

Salah seorang suri rumah,Robiah Ahmad menyifatkan barangan dan alatan perabot rosak akibat banjir yang memenuhi rumah penduduk.

"Banjir hari itu teruk daripada kebiasaan sehingga memasuki rumah.

"Banyak barangan dan alatan perabot rosak",jelasnya.

Sementara itu,Ketua UMNO bahagian kubang Pasu,Datuk Aminuddin Omar memohon agar Projek Rancangan Tebatan Banjir dapat disiapkan segera agar kesan susulan akibat banjir dapat diminimumkan.

"Masalah dapat diselesaikan atau sekurang-kurangnya meminimumkan mangsa banjir.

"Kita berharap agar projek tebatan banjir ini dapat disiapkan segera". katanya demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Pasca Banjir daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada 100 penduduk yang terlibat di sini.

Daerah Kubang Pasu antara daerah yang terjejas teruk dalam kejadian banjir baru baru ini selain Kota Setar,Pokok Sena dan Padang Terap.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap