Malaysia kesal dengan PBB, berulang kali gagal bertegas tangani krisis
2025-06-05
IDOPRESS
Wisma Putra,Kementerian Luar Negeri di Putrajaya.
PUTRAJAYA,5 Jun – Malaysia amat kesal dan kecewa dengan kegagalan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan menangani konflik berlarutan di Gaza,ekoran penggunaan kuasa veto Amerika Syarikat (AS) .
Kementerian Luar menerusi satu kenyataan menyifatkan kegagalan berulang kali itu sebagai kegagalan moral yang sangat mendukacitakan.
Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang terus membunuh orang awam,melakukan tindakan genosid serta menggunakan kebuluran dan sekatan bantuan kemanusiaan sebagai senjata perang terhadap penduduk Palestin.
Malah,masyarakat antarabangsa tidak boleh berdiam diri dengan hanya melihat krisis kemanusiaan itu berlaku.
Justeru,Malaysia menyeru dunia untuk terus bersatu memperjuangkan keamanan,keselamatan serta kestabilan di Timur Tengah.
Dalam kenyataan itu,Wisma Putra turut menekankan bahawa rejim Zionis Israel perlu sedar,satu-satunya penyelesaian yang adil dan berkekalan adalah menerusi penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat,berasaskan sempadan pra-1967,dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Pendekatan ini kekal sebagai pendirian berprinsip Malaysia dan selaras dengan sokongan berterusan masyarakat antarabangsa.
Terdahulu,satu draf resolusi dibentangkan pada Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata serta-merta,tanpa syarat dan berkekalan antara Israel dan Hamas di Gaza.
Draf dibentangkan oleh Slovenia bagi pihak 10 anggota Majlis Keselamatan yang dipilih,menerima 14 undi menyokong.
AS menjadi satu-satunya negara yang menggunakan kuasa veto,kali kelima ia dilakukan sejak Oktober 2023 bagi resolusi gencatan senjata di Gaza.