Perak jamin pantau rapi kes buli di sekolah - Exco

2025-08-19 HaiPress

Program Konvoi Merdeka Klasik Mercedes 2025 di Dataran Cempaka Sari,Parit/ Foto Facebook Khairudin Hj Abu Hanipah

PARIT,19 Ogos - Kerajaan Negeri Perak memberi jaminan kes berkaitan buli di sekolah sentiasa dipantau rapi bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Setiap laporan berkaitan buli juga perlu diurus dengan berkesan mengikut prosedur ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Exco Pendidikan,Pengajian Tinggi,Belia dan Sukan Perak,Khairudin Abu Hanipah berkata,kes buli melibatkan pelajar sekolah di Perak masih terkawal dengan pemantauan berterusan dilaksanakan pihak berkuasa pendidikan negeri dan daerah.

"Memang setiap bulan ada mesyuarat pengurusan dan kita memaklumkan bahawa kejadian kes buli ini perlu ditangani dengan jaya dan berkesan.

"Kita mahu kes penganiayaan,penderaan oleh sesama rakan-rakan seusia ini ditangani dengan baik kerana kita mahu anak-anak ini fokus kepada pelajaran dan pengajian",katanyapada Program Konvoi Merdeka Klasik Mercedes 2025 di Dataran Cempaka Sari,Parit.

Tambahnya,Jawatankuasa Anti Buli yang telah diwujudkan terus diperkasa dengan penglibatan agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM),Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

Jawatankuasa peringkat negeri dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri,manakala di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) oleh Pegawai Pendidikan Daerah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap