Bursa Malaysia dibuka tinggi

2025-08-19 HaiPress

Foto fail

KUALA LUMPUR,19 Ogos - Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini,meruskan keuntungan semalam,disokong minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi global,kata seorang peniaga.

Pada pukul 9.10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.81 mata kepada 1,587.77 daripada 1,584.96 ketika ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.47 mata kepada 1,587.43.

Suasana pasaran positif,kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 204 berbanding 109 manakala 295 kaunter kekal tidak berubah,1,978 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 120.18 juta unit bernilai RM77.49 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan menjangkakan pasaran tempatan akan kekal dalam mod berhati-hati dan bercampur-campur dalam tempoh terdekat,menjejaki sentimen bercampur-campur di pasaran global.

“Wall Street ditutup bercampur-campur dengan pelabur akan menumpukan perhatian terhadap pertemuan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky di Washington,sementara menunggu ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell di Jackson Hole mengenai prospek penurunan kadar faedah.

"Trump telah menjanjikan sokongan keselamatan AS untuk Ukraine tetapi membayangkan Crimea akan kekal bersama Rusia serta turut meningkatkan prospek rundingan tiga hala dengan Putin," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank naik 6.0 sen kepada RM9.84,Tenaga Nasional menambah 4.0 sen kepada RM13.66 dan CIMB meningkat 1.0 sen kepada RM7.34,manakala Public Bank dan IHH Healthcare tidak berubah masing-masing pada RM4.46 dan RM6.82.

Bagi saham aktif,TWL Holdings tidak berubah pada 2.5 sen,Metronic naik 0.5 sen kepada 1.5 sen dan Toyo Ventures melonjak 2.0 sen kepada 37 sen,manakala Steel Hawk merosot 1.0 sen kepada 56 sen.

Di papan indeks,Indeks FBM Emas naik 21.46 mata kepada 11,800.26,Indeks FBMT 100 menambah 21.57 mata kepada 11,584.16,Indeks FBM Emas Shariah meningkat 19.40 mata kepada 11,713.03,Indeks FBM 70 naik 35.97 mata kepada 16,710.54,manakala Indeks FBM ACE melonjak 7.91 mata kepada 4,722.13.

Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 35.23 mata kepada 18,165.60,Indeks Perladangan turun 16.11 mata kepada 7,518.66,Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.17 mata kepada 158.20.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap