Beras putih subsidi RM26 masih ada di pasaran

2025-08-20 HaiPress

Datuk Seri Mohamad Sabu pada Majlis Perhimpunan Bulanan KPKM di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA,20 Ogos - Beras putih tempatan (BPT) bersubsidi seberat 10 kilogram pada harga RM26 sekampit masih terdapat di pasaran.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu berkata,ketika ini ketua isi rumah (KIR) miskin dibenarkan membuat pembelian sehingga lima kampit,berbanding hanya dua kampit sebelum ini.

“KPKM akan mengadakan perbincangan mengenai hala tuju pelaksanaan projek rintis penjualan 24 juta kampit BPT bersubsidi untuk tempoh enam bulan itu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) tidak lama lagi.

“Perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan dalam masa terdekat dan keputusan akan dibuat dalam mesyuarat (NACCOL) yang dipengerusikan PM,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2025,hari ini.

Pada 25 Februari lalu,Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras,Datuk Badrul Hisham Mohd,memaklumkan bahawa sebanyak 24 juta kampit BPT bersubsidi pada harga RM26 bagi pek 10 kilogram,mula dijual di seluruh Semenanjung mulai 1 Mac 2025.

Inisiatif itu dikhususkan kepada 400,000 keluarga miskin dengan pembelian dua kampit dibenarkan bagi setiap KIR mengikut tatacara ditetapkan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap