LRA2 bukti kemampuan kejuruteraan tempatan

2025-08-21 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) merasmikan Loji Rawatan Air Langat Dua (LRA2) di sini hari ini. Foto BERNAMA

HULU LANGAT,20 Ogos - Projek Loji Rawatan Air Langat Dua (LRA2) bernilai RM42 bilion akan menjamin bekalan air bersih kepada jutaan rakyat,khususnya di Lembah Klang,sekali gus menjadi antara loji rawatan air terbesar dan paling moden di rantau ini.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,pelaksanaan projek ini membuktikan kemampuan anak tempatan menguasai teknologi canggih dalam bidang kejuruteraan air dan meletakkan Malaysia setanding dengan negara maju.

“Loji Langat Dua adalah bukti bahawa kepakaran jurutera dan tenaga profesional tempatan mampu melaksanakan projek berskala besar dengan cekap dan berintegriti,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian LRA2 di sini.

Beliau dalam pada itu yakin,air dan tenaga adalah faktor strategik yang menjadi penentu utama kemasukan pelaburan asing,khususnya dalam sektor pusat data,kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor.

“Malaysia mesti memastikan air dan tenaga bukan sahaja mencukupi,tetapi ditawarkan pada kadar yang munasabah dan tidak membebankan rakyat,” tegas beliau.

Sementara itu Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa cabaran terbesar negara masih berkaitan dengan isu air sama ada pembaziran akibat saluran lama,banjir berulang dan kekurangan bekalan semasa musim kemarau.

Jelasnya,keadaan itu bukan berpunca daripada faktor alam semata-mata,tetapi melibatkan kelemahan pengurusan serta kurangnya perancangan pintar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap