Graduan IKB MAIWP dibekalkan ilmu TVET dan agama

2025-08-21 HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyampaikan ucapan pada Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Ke-31 di Pusat Belia Antarabangsa. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,20 Ogos - Graduan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bukan sekadar dilatih menguasai bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET),malah turut dibekalkan dengan ilmu agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan,usaha itu penting bagi melahirkan generasi yang berintegriti,berakhlak dan mempunyai jati diri berlandaskan ajaran Islam.

"Dalam konteks pembinaan Malaysia Madani,mereka yang lahir daripada IKB ini bukan sahaja berilmu pengetahuan,tetapi belia yang ada akhlak yang mulia.

"Jadi orang akan nampak ini adalah produk daripada IKB. Mereka bukan sahaja ada penguasaan dalam bidang TVET,tetapi juga menunjukkan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Ini melambangkan kecemerlangan yang sebenar," katanya selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen IKB Ke-31 di sini.

Pada majlis itu,seramai 97 graduan sesi 2023/2024 daripada 7 program latihan kemahiran berjaya menamatkan pengajian.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap