Gagal patuhi syarat kemasukan, 26 warga asing dihalang masuk Malaysia
2025-08-21
HaiPress
Gagal patuhi syarat kemasukan,26 warga asing dihalang masuk Malaysia / Foto AKPS Bukit Kayu Hitam
BUKIT KAYU HITAM,21 Ogos – Seramai 26 warga asing terdiri daripada lapan lelaki dan 18 wanita dihalang daripada memasuki negara ini selepas gagal mematuhi syarat kemasukan sebagai pelawat.
Kesemua mereka diberi Notis Penolakan Masuk (NPM) di Kompleks Imigresen,Kastam,Kuarantin dan Keselamatan (ICQS),di sini.
Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam,SAC Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata warga asing yang dikenakan tindakan itu melibatkan 14 warga Thailand,tujuh warga India,empat warga Laos dan seorang warga Vietnam.
FotoAKPS Bukit Kayu Hitam
“Mereka dihalang masuk ke Malaysia bawah peruntukan Seksyen 8(3),Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mematuhi syarat kemasukan sebagai pelawat. Kesemua individu berkenaan yang dianggap bukan pelancong tulen telah diarahkan berpatah balik ke negara asal masing-masing melalui laluan masuk yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.Menurut beliau,proses penolakan masuk itu dilaksanakan sepenuhnya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Pekeliling Jabatan yang berkuat kuasa.Tiada sebarang rampasan dilakukan,malah tiada elemen jenayah atau siasatan penguatkuasaan dikenal pasti dalam kes berkenaan.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.