PEWARIS platform pelihara seni bina warisan tempatan

2025-08-21 HaiPress

Festival Seni Bina Warisan (PEWARIS) Peringkat Kebangsaan 2025

PORT DICKSON,21 Ogos - Festival Seni Bina Warisan (PEWARIS) Peringkat Kebangsaan 2025 menjadi platform bagi memelihara seni bina warisan tempatan agar terus relevan dengan arus pembangunan negara.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya,Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan,ia dapat memperkukuh jaringan antara institusi pendidikan,industri dan komuniti dalam melahirkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berdaya saing.

"Justeru itu festival ini bukan sekadar pameran atau persembahan semata-mata ia adalah platform untuk kita memelihara,mendokumentasi dan menghidupkan kembali seni bina tradisional Malaysia.

"Dalam konteks pelancongan pula,warisan seni bina adalah aset bernilai tinggi. Menurut data Pertubuhan Pendidikan,Sains dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Majlis Pengembaraan dan Pelancongan Dunia (WTTC) lebih 40 peratus pelancong global memilih destinasi berdasarkan tarikan budaya dan warisan," katanya.

Beliau berucap demikian pada Festival Seni Bina Warisan (PEWARIS) Peringkat Kebangsaan 2025,di Politeknik Port Dickson di sini.

Festival tersebut menghimpunkan warga politeknik,kolej komuniti,pelajar sekolah,industri dan komuniti setempat dalam usaha memperkasa pendidkan TVET berteraskan seni bina warisan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Teknologi Masa Depan Global      Hubungi kami   SiteMap