Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM
2025-08-28
HaiPress
Foto fail
KUALA LUMPUR,28 Ogos -Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi harian Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan berjumlah RM23.78 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam pada RM20.49 billion.
Pada hari ini,bank pusat itu akan mengendalikan dua tender repo berbalik masing-masing bernilai RM2.9 bilion selama tujuh hari dan RM1.5 bilion untuk 32 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh seminggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,bank pusat itu akan melaksanakan tender-tender semalaman konvensional RM28.2 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM20.5 bilion. - BERNAMA